Ternyata Bukan GMT Bukan Di
Greenwich, Tapi Di Kaabah (Bukti Fakta Ilmiah)
Kaabah, rumah Allah sejuta umat
muslim merindukan berkunjung dan menjadi tetamu – tetamu Allah sang maha
pencipta. Kiblatnya (arah) umat muslim dalam melaksanakan solat, dari mana-mana
negara semua ibadah solat menghadap ke kiblat ini.
Istilah Ka’bah adalah bahasa al
quran dari kata “ka’bu” yg bererti “mata kaki” atau tempat kaki berputar
bergerak untuk melangkah. Ayat 5/6 dalam Al-quran menjelaskan istilah itu dg
“Ka’bain” yg bererti ‘dua mata kaki’ dan ayat 5/95-96 mengandungi istilah
‘ka’bah’ yang ertinya nyata “mata bumi” atau “sumbu bumi” atau kutub pusingan
utara bumi.
Neil Amstrong telah membuktikan
bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah diteliti
melalui sebuah penelitian Ilmiah.
Ketika Neil Amstrong untuk
pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar
planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata menggantung di kawasan yang
sangat gelap, siapa yang menggantungnya?.”
Para
astronot telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara
rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya 21 hari kemudian
website tersebut ghaib yang sepertinya ada alasan tersembunyi di sebalik
penghapusan website tersebut.
Setelah
melakukan kajian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota
Mekah, tepatnya berasal dari Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut
bersifat infinite (tidak berujung), hal ini dibuktikan ketika mereka mengambil
foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus.
Para
penyelidik Muslim mempercayai bahawa radiasi ini mempunyai ciri-ciri dan
menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
Makkah
Pusat Bumi
Prof. Hussain Kamel mencari suatu fakta mengejutkan bahawa Makkah adalah pusat bumi. Pada mulanya ia meneliti suatu cara untuk menentukan arah kiblat di kota-kota besar di dunia.
Prof. Hussain Kamel mencari suatu fakta mengejutkan bahawa Makkah adalah pusat bumi. Pada mulanya ia meneliti suatu cara untuk menentukan arah kiblat di kota-kota besar di dunia.
Untuk
tujuan ini, ia menarik garis-garis di atas peta, dan sesudah itu ia mengamati
dengan saksama kedudukan ketujuh benua terhadap Makkah dan jarak masing-masing.
Ia memulai untuk menggambar garis-garis sejajar hanya untuk memudahkan unjuran
garis bujur dan garis lintang.
Setelah dua tahun dari pekerjaan
yang sukar dan berat itu, ia dibantu oleh program-program komputer untuk
menentukan jarak-jarak yang benar dan variasi-variasi yang berbeza, dan banyak
hal lainnya. Ia kagum dengan apa yang ditemui, bahawa Makkah merupakan pusat
bumi.
Ia
menyedari kemungkinan menggambar suatu lingkaran dengan Makkah sebagai titik
pusatnya, dan garis luar lingkaran itu adalah benua-benuanya. Dan pada masa
yang sama, ia bergerak bersamaan dengan keliling luar benua-benua tersebut.
(Majalah al-Arabiyyah, edisi 237, Ogos 1978).
Gambar-gambar
Satelit, yang muncul kemudian pada tahun 90-an, menekankan hasil yang sama
ketika kajian-kajian lebih lanjut mengarah kepada topografi lapisan-lapisan
bumi dan geografi waktu daratan itu diciptakan.
Telah
menjadi teori yang mapan secara ilmiah bahawa lempengan-lempengan bumi
terbentuk selama usia geologi yang panjang, bergerak secara teratur di sekitar
lempengan Arab. Lempengan-lempengan ini terus menerus memusat ke arah itu
seolah-olah menunjuk ke Makkah.
Kajian
ilmiah ini dilaksanakan untuk tujuan yang berbeza, bukan dimaksud untuk
membuktikan bahwa Makkah adalah pusat dari bumi. Bagaimanapun, kajian ini
diterbitkan di dalam banyak majalah sains di Barat.
Allah
berfirman di dalam al-Quran al-Karim sebagai berikut:
‘Demikianlah
Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya kamu memberi
peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Makkah) dan penduduk (negeri-negeri)
sekelilingnya ..’ (Asy-Syura: 7)
Kata
‘Ummul Qura’ berarti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya
menunjukkan Makkah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah
berada di sekelilingnya. Lebih dari itu, kata ummu (ibu) mempunyai erti yang
penting di dalam kultur Islam.
Sebagaimana
seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Makkah juga merupakan sumber
dari semua negeri lain, sebagaimana dijelaskan pada awal kajian ini. Selain
itu, kata ‘ibu’ memberi Makkah keunggulan di atas semua kota lain.
Makkah
atau Greenwich
Berdasarkan pertimbangan yang saksama bahwa Makkah berada tengah-tengah bumi sebagaimana yang dikuatkan oleh kajian-kajian dan gambar-gambar geologi yang dihasilkan satelit, maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Makkah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. Hal ini akan mengakhiri kontroversi lama yang bermula empat dekad yang lalu.
Berdasarkan pertimbangan yang saksama bahwa Makkah berada tengah-tengah bumi sebagaimana yang dikuatkan oleh kajian-kajian dan gambar-gambar geologi yang dihasilkan satelit, maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Makkah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. Hal ini akan mengakhiri kontroversi lama yang bermula empat dekad yang lalu.
Ada
banyak perbalahan ilmiah untuk membuktikan bahawa Mekah merupakan wilayah
kosong bujur sangkar yang melalui kota suci tersebut, dan ia tidak melewati
Greenwich di Britain. GMT dipaksakan pada dunia ketika majoriti negeri di dunia
berada di bawah jajahan Inggeris. Jika waktu Makkah yang diterapkan, maka mudah
bagi setiap orang untuk mengetahui waktu solat.
Makkah
adalah Pusat dari lapisan-lapisan langit
Ada beberapa ayat dan hadits
nabawi yang menyiratkan fakta ini. Allah berfirman, ‘Hai golongan jin dan
manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka
lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan.’
(Ar-Rahman: 33)
Kata aqthar adalah bentuk jamak
dari kata ‘qutr’ yang bererti dia, dan ia merujuk pada langit dan bumi yang
mempunyai banyak diameter.
Dari ayat ini dan dari beberapa
hadis dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas
diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi,
maka itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan
langit.
Selain itu ada hadis yang
mengatakan bahawa Masjidil Haram di Makkah, tempat Ka’bah berada itu ada di
tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh bumi (maksudnya tujuh lapisan yang
membentuk bumi)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar