Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, "Aku
sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w. datang dan
masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan
memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah
berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah s.a.w. duduk sambil
meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.
Rasulullah s.a.w. berkata, "Engkaulah katakan!,"
Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika
keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di
belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya
pula mengatakan: "Aduhai anak!" Rasulullah s.a.w. bertanya lagi:
"Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?"
Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika
ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat
semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya
kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal
perbuatannya." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi, "Adakah lagi yang
lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah, "Hanya Allah dan Rasul-Nya
sahaja yang lebih tahu."
Maka bersabda Rasulullah s.a.w.: "Wahai Aisyah, sesungguhnya
sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke
rumahnya untuk memandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari
jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para
pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk
dimandikan."Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam
keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan
manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan,
aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan
sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut." Dan apabila
air disiram maka akan berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan roh
Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah
pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh,"
Dan jika mereka memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah, wahai orang
yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku
luka-luka dengan keluarnya roh."
Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada
kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil,
"Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani
kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab
ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku
dipisahkan dari mereka dan aku tidakakan dapat berjumpa lagi sehingga hari
kiamat." Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru,
"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi
janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim,
janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan
dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan
kembali untuk selama-lamanya."
Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi
mayat, "Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga
aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari
ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."
Subhanallah.........
BalasHapus